Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
I was so thrilled when the Editor of Ratu's section of Berita Harian (BH), Puan Fadzlena Jafar contacted me to be one of the official make-up artistes for Personaliti Pilihan Berita Harian 2008 (PPBH 2008).
I was chosen to work alongside with the more experienced and professional Epi Temerloh, Afidah Khamis and another make-up artiste that worked for the infamous wedding planner Pak Abu, unfortunately I have forgotten her name but she was a real bubbly person to work together. Oh for this photoshoot I did the make-up on me and I wore an Indian Jalabiya from Abaya Suraya of course. =)
It was a personality search sponsored by Avon, Alfio Raldo & Fossil. Some briefing about the search, the champion will not only win prizes from the sponsors and RM 5,000 in cash, but best of all will win RM 10,000 for the charity body that they chose to represent.
By the way all the articles for this programme was reported by Puan Shaidah Shafie who is now like a close sister to me. It was a really great experience working with you Kak Shasha! Here too commenced the sister & brotherhood between me and the super fun and kind-hearted Afidah Khamis and her husband Azmy Osman the official Floral Designer for Seri Perdana, Putrajaya, office of the Prime Minister of Malaysia. Indeed I am blessed for this opportunity given. =)
______________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Sue amat teruja apabila dihubungi oleh Editor ruangan Ratu Berita Harian (BH), Puan Fadzlena Jaafar untuk menjadi salah seorang jurusolek rasmi bagi program Personaliti Pilihan Berita Harian 2008 (PPBH 2008).
Sue telah terpilih untuk bekerjasama dengan jurusolek-jurusolek yang profesional dan lebih berpengalaman iaitu Epi Temerloh, Afidah Khamis dan seorang lagi yang bekerja untuk perunding perkahwinan tersohor Pak Abu yang sayangnya Sue lupa namanya namun sangat seronok bekerjasama dengannya. Oh ya untuk sesi foto ini Sue menyolek diri sendiri dan menggayakan Jubah Berwarna-warni India pastinya dari Abaya Suraya. =)
Ia merupakan pencarian personaliti yang ditaja oleh Avon, Alfio Raldo & Fossil. Sedikit penerangan tentang pencarian ini, juara bukan sahaja akan menerima hadiah-hadiah dari penaja malah akan memenangi wang tunai RM 5,000 dan paling menarik sekali ialah memenangi RM 10,000 bagi badan kebajikan yang diwakili.
Untuk pengetahuan, kesemua rencana bagi program ini dilaporkan oleh Puan Shaidah Shafie yang ibarat kakak Sue sendiri. Ia merupakan pengalaman hebat bekerja bersama Kak Shasha! Di sini juga bermulanya hubungan adik-kakak-abang antara Sue dengan pasangan suami isteri yang gila-gila namun sangat baik hati iaitu Afidah Khamis dan suaminya, Azmy Osman, Pereka Gubahan Bunga rasmi bagi pejabat Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana, Putrajaya. Sesunggughnya Sue sangat dirahmati untuk diberi peluang ini. =)
No comments:
Post a Comment