Teman Facebook Sue merangkap pelanggan ini telah memaklumkan kepada Sue bahawa tema kolej tempatnya bekerja (beliau merupakan seorang pensyarah kejuruteraan) ialah Retro.
Apabila kita fikirkan tentang Retro selalunya kita akan teringatkan era 70an. Namun sebagai seorang yang bertudung, beliau mahu jauh ke belakang lagi dengan menggayakan gaya klasik 1950an.
Memandangkan beliau menggayakan atasan Kebaya moden merah cili dan skirt panjang hitam, Sue mencadangkan untuk fokus pada bibir dengan menyoleknya dengan gincu merah menyala. Untuk mata pula, Sue fokus pada bulu mata untuk matanya yang semulajadi cantik semakin menawan, dengan sentuhan celak cecair ala catty eyes.
Beliau amat berpuashati dengan sentuhan Sue, begitu juga rakan-rakan serumahnya yang teruja membuatkan Sue cukup puas dengan hasilkerja Sue pada hari itu.