Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Shasha, this 18 year old sweet young lady here is a friend of mine. Thus it would always be hillarious to do a make-over for your own friend since there would be endless chatting and laughing, mostly because she was getting more and more nervous by the minute.
Especially due to the hot weather and guests kept coming in, so everybody was sweating. Not to fret, trying to cool down a nervous future fiancée is also a part of my job. :)
As for the look, she wanted to have a classic Malay lady look. So I applied classical shades such as gold eyeshadow and reddish lipstick on her. As for the hair, I did curls for her and put a white rose in her hair (I am a big fan of having flowers in the hair). Of course a veil completes the whole look.
_______________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Shasha, gadis muda berusia 18 tahun ini merupakan kawan Sue. Maka seperti biasa kalau menyolek kawan sendiri suasananya lebih meriah kerana kami bersembang dan ketawa tanpa henti, lebih lagi kerana beliau menjadi semakin gementar.
Cuaca yang panas dan tetamu yang semakin ramai menyebabkan kami semua berpeluh. Namun cuba menenangkan bakal tunangan orang ini juga merupakan sebahagian daripada tugasan Sue. =)
Untuk rupa yang dihasilkan, Shasha mahukan wajah wanita Melayu klasik. Maka Sue memilih warna-warna klasik seperti pembayang mata emas dan gincu kemerahan untuknya. Untuk rambut pula, Sue membuat 'curls' dan meletakkan sekuntum mawar putih pada rambutnya (Sue merupakan peminat tegar rambut yang dihiasi bunga-bungaan). Semestinya sehelai selendang sebagai pelengkap gaya.
No comments:
Post a Comment