Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
From a girl grown into a woman. She was my schoolmate, sat right next to me when we were both in Grade 6 during Primary School at SK Taman Melawati. Then we both went to the same high school SMK Taman Melawati before I left for MRSM Kuala Kubu Bharu. I was so excited when she chose me as her make-up artiste, because to do my services on someone I know personally, somehow it means so much more to me.
On that day, I learnt from her that sometimes we move from one person to another thinking that he might be the one, while THE ONE is right in front of us all the time, staying with us through thick & thin, that person who we call our Best Friend.
As for her make-up, she wanted something that looks natural. Usually I would rely on someone's attire for that day & of course her features to give me the feel & mood which brings a certain make-up look. Her old time charm of a Baju Kurung, gave me an old time feel. I did her make-up naturally, focused on her pretty naturally brown eyes & enhanced her beautiful Malay features.
As for her long straight hair, I did a soften Dutch braids, that looked more like a braid at the back but soften at the front. She loved it, and she profusely saying it, made me feel very relieved and happy. I wish her and her fiance the very best. =)
_______________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Daripada seorang kanak-kanak kini menjadi seorang wanita. Beliau merupakan bekas rakan satu sekolah Sue, duduk bersebelahan dengan Sue sewaktu Darjah 6 di SK Taman Melawati. Kemudian kami sama-sama ke sekolah menengah yang sama di SMK Taman Melawati sebelum Sue berpindah ke MRSM Kuala Kubu Bharu. Sue berasa teruja apabila beliau memilih Sue untuk menjadi jurusoleknya, kerana untuk Sue menyolek seseorang yang Sue kenali secara peribadi, ia lebih bermakna buat Sue.
Pada hari itu, Sue belajar bahawa kita berkenalan daripada satu orang kepada satu orang, namun tidak menyedari orang yang berjodoh dengan kita ialah orang yang selalu bersama kita di kala susah dan senang, iaitu Sahabat Baik kita sendiri.
Berkenaan solekannya, beliau mahukan sesuatu yang semulajadi. Selalunya Sue akan bergantung pada busana pada hari itu juga raut wajah pelanggan itu untuk memberi Sue mood dan rupa solekan yang sesuai. Memandangkan Baju Kurungnya mempunyai gaya klasik, maka Sue mahukan sesuatu yang klasik untuk solekannya. Solekannya Sue lakukan tetap semulajadi, memberi fokus kepada mata cantiknya yang semulajadi berwarna perang dan menaikkan lagi seri wajah Melayunya yang ayu.
Untuk rambutnya yang panjang lurus, Sue melakukan Tocang Belanda yang lembut, yang kelihatan ditocang di bahagian belakang namun lebih lembut di bahagian hadapan. Beliau amat menyukainya, dan berulangkali menyatakannya, membuat Sue berasa amat lega dan gembira. Sue mendoakan yang terbaik untuk dirinya juga tunangnya. =)
No comments:
Post a Comment