Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
I was again honoured to be chosen as the make-up artiste for my law faculty's Mock Trial make-up artiste. Actually I was the make-up artiste for the 2006 Mock Trial. In 2007 I was hoping for a role, so I did not do the make-up. Again this year, when my friends encouraged me to try for a role again, I was in the mood to be the make-up artiste again instead. Supposedly I had to do the make-up for the Mock Trial nights as well, unfortunately I had a terrible fever I only managed to do the make-up for the outdoor shoot.
Mock Trial 2008 was directed by my senior, Brother Izwan Malik. Regarding on this shoot, I had a great co-operative team from AIKOL working with me. I did the make-up for 3 roles played by Farhan, Iziana Nadia Ismail & Saifuddin.
______________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Sekali lagi Sue berasa berbesar hati dipilih sebagai jurusolek untuk Perbicaraan Olok-Olok kuliah perundangan Sue. Sebenarnya pada Perbicaraan Olok-Olok tahun 2006 Sue merupakan jurusoleknya. Namun pada tahun 2007 Sue berharapkan watak maka Sue tidak menjadi jurusolek. Tetapi pada tahun ini apabila kawan-kawan Sue mencuba untuk mendapatkan watak, Sue lebih berminat untuk menjadi jurusolek kembali pula. Sepatutnya Sue ditugaskan sebagai jurusolek bagi malam-malam tayangan Perbicaraan Olok-Olok tersebut namun kerana Sue demam panas waktu itu, Sue cuma berkesempatan melakukan solekan untuk sesi penggambaran luar sahaja.
Perbicaraan Olok-Olok 2008 telah diarahkan oleh senior Sue, Brother Izwan Malik. Berkenaan penggambaran ini, Sue dibantu oleh satu pasukan yang amat bekerjasama. Sue telah melakukan solekan untuk 3 watak yang dimainkan Farhan, Iziana Nadia Ismail & Saifuddin.
Farhan as The Accused
Farhan played the main role as the Accused, who was mentally tortured due to the continuous abuse of his father on him and his mother. In one scene, when he was about to return home, he was involved in a minor road accident where his armed was a little bruised and scarred. As for the next scene, he was beaten up really badly by his father.
__________________
Farhan sebagai Tertuduh
Farhan memainkan peranan utama sebagai Tertuduh, yang mengalami penderitaan mental akibat penderaan berterusan oleh bapanya terhadapnya dan ibunya. Untuk satu scene, apabila dia dalam perjalanan pulang ke rumah, dia telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya kecil yang memberi kesan lebam dan parut kepada lengannya. Untuk satu scene lain pula, dia telah dipukul dengan teruk oleh bapanya.
Iziana Nadia Ismail as The Abused Mother of the Accused
I was ecstatic to do the make-up for Iziana or Nana because when we were both in the IIUM's Matriculation Centre a few years back, she played as my cruel, arrogant mother-in-law for AIKOL's Legal Theatre. She is a very talented actor seriously.
This time, instead of being abusive to others, she became the victim. In this scene, it shows the effects of her being abused by her husband ie Saifuddin. I also made her looked older to suit her role as a middle-aged woman.
_____________________
Iziana Nadia Ismail sebagai Ibu Tertuduh seorang Mangsa Penderaa
Sue teruja untuk melakukan solekan bagi Iziana atau Nana kerana sewaktu kami bersama-sama di Pusat Matrikulasi UIA beberapa tahun dahulu, beliau telah memainkan peranan sebagai ibu mertua Sue yang angkuh dan kejam bagi Teater Perundangan AIKOL. Sesungguhnya beliau seorang pelakon yang amat berbakat.
Untuk kali ini, sebaliknya beliau memainkan peranan mangsa pula. Untuk scene ini ia menunjukkan kesan penderaan suaminya yang dimainkan Saifuddin. Sue juga cuba membuatnya kelihatan lebih tua sesuai dengan wataknya sebagai wanita pertengahan usia.
Saifuddin as The Abusive/ Drug Addict Father of the Accused
Saifudin or Din was my classmate. He jokingly told me that I didn't have to put much effort in making him look like a villain because he naturally looks like one already. =D For this make-up indeed I didn't have to do much just tried to make him look slightly older and a little haggard.
__________________
Saifuddin sebagai Bapa Tertuduh yang seorang Penagih Dadah dan Kaki Pukul
Saifuddin atau Din merupakan rakan sekuliah Sue. Beliau berseloroh berkata Sue tidak perlu terlalu berusaha untuk menyoleknya menjadi penjahat kerana wajahnya sudah semulajadi begitu. =D Untuk solekan ini sesungguhnya Sue tidak perlu terlalu mencuba untuk menjadikannya kelihatan tua dan sedikit tidak terurus.
No comments:
Post a Comment