Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
I was summoned to do the make-up for these young ladies since they were going to be the flower girls & bride's maid for the wedding of a relative. The first young lady was also an IIUM student from Economics. She wanted me to do make-up for her 12 year old sister too (the first make-up shown) so I had to put a mental note that the make-up must not be too thick and she must look sweet. It was really nice to mingle with her family from Penang & Kuala Lumpur from the eldest to the youngest because all of them were really warm and friendly.
Another pleasant surprise was to meet my make-up guru, the infamous celebrity make-up artiste, Nurul Shukor since the bride hired Nurul Shukor as her make-up artiste. Another part which I liked was when I also helped them to practice for the rehearsal and in between the waiting I put on some make-up on one of their youngest cousins just for fun and she absolutely loved it. =)
_________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Sue telah dihubungi untuk menyolek gadis-gadis ini kerana mereka merupakan Gadis-Gadis Bunga dan Pengapit bagi majlis perkahwinan seorang saudara mereka. Gadis pertama yang Sue solek merupakan pelajar UIA juga jurusan Ekonomi. Beliau juga mahukan Sue menyolek adiknya yang berusia 12 tahun (solekan pertama yang dipaparkan) maka Sue harus ingat supaya tidak melakukan solekan yang tebal dan harus kelihatan manis. Ia merupakan pengalaman manis untuk bergaul dengan ahli keluarga mereka dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, baik dari yang paling tua hingga yang paling muda kerana mereka semuanya ramah-tamah.
Satu lagi kejutan yang menggembirakan apabila Sue bertembung dengan guru solekan Sue, jurusolek tersohor Nurul Shukor kerana beliau merupakan jurusolek pilihan pengantin pada hari itu. Lagi satu perkara yang Sue sukai adalah apabila Sue turut membantu sesi raptai mereka dan sementara menunggu Sue menyolek salah seorang sepupu termuda mereka secara suka-suka dan si kecil itu amat menyukainya. =)
No comments:
Post a Comment