Salam & Greetings,
I was surprised when the producer for Gaya lifestyle segment of news radio, Radio Bernama 24, Miss Nur Ainne Johar contacted me informing her interest to feature my small-time businesses on the programme. Gaya is a segment introducing new, young entrepreneurs on the business scene and Ainee was fascinated by the fact that I am a busy law student but at the same time juggling my freelance make-up artiste service as well as my newly launched online boutique for Muslimahs, my beloved Abaya Suraya. This reminds me of the time when I testified for Brand's Innershine Prune Essence on TV3's Wanita Hari Ini last year. Apparently when you multi-task a lot especially when you are a student that impresses many people though you just do what you really love and enjoy :p
It was an hour live programme where the DJ, the very pretty Ayu Roslan interviewed me about how I started my business and managing my time as a student and entrpreneur. Of course when there's passion you can do almost anything :p Besides that she also asked me about some styling tips for Muslimahs especially on make-up and apparel of course. My most important advice was definitely on the fact, although we want to be fashionable and stylish but as Muslimahs, we must try to be in accordance with the aurah observation which is not to wear anything too figure hugging nor tantalizing because then that would certainly defeat the purpose of us wearing the hijab. For me when you observe your aurah, you should look stylish in a sweet and respectable manner, not to be regarded tacky, cheap or raunchy oh no.
The programme also allowed callers to phone and ask me for beauty tips, but as I expected there were no callers at all :p It was not a big surprise because Radio Bernama is a news radio thus not many people listen to it, but I was more surprised when my relatives and friends smsed me informing that they actually listen to the programme. Anyways I really had a great time for the opportunity and exposure, thank you so much Radio Bernama 24 =)
__________________________________________
Salam,
Sue berasa amat terkejut apabila dihubungi oleh penerbit segmen Gaya dari radio berita, Radio Bernama 24, Cik Nur Ainne Johar yang memaklumkan minatnya untuk memaparkan perniagaan secara kecil-kecilan Sue ini di dalam program tersebut. Gaya merupakan sebuah segmen memperkenalkan pengusaha-pengusaha muda dan baru di dalam bidang perniagaan dan Ainne berasa teruja mengetahui Sue seorang mahasiswi Undang-undang yang sibuk dengan jadual pengajian namun dalam masa yang sama membahagikan masa sebagai seorang jurusolek bebas dan menguruskan butik dalam talian Sue yang masih baru ini, Abaya Suraya yang disayangi. Ini mengingatkan Sue sewaktu Sue melakukan tesimoni penggunaan Pati Prun Brand's Innershine untuk rancangan Wanita Hari Ini (TV3) tahun lepas. Nampaknya apabila seseorang itu melakukan banyak perkara dalam satu masa (multitask) lebih-lebih lagi apabila anda masih menuntut, ia akan mengagumkan ramai pihak walhal anda sebenarnya cumalah menikmati dan mencintai apa yang anda lakukan itu :p
Gaya merupakan program secara langsung selama sejam di mana DJnya yang cantik, Cik Ayu Roslan mewawancara Sue tentang bagaimana Sue memulakan perniagaan dan pada masa yang sama menguruskan masa sebagai seorang pelajar dan usahawan. Pastinya apabila kita mempunyai minat yang mendalam tiada apa yang mustahil :p Selain itu, Ayu juga menanyakan tentang tips penggayaan Muslimah khususnya berkaitan solekan dan pakaian. Nasihat Sue yang paling utama pastinya supaya Muslimah sentiasa beringat untuk mengikut garis panduan aurat wanita itu sendiri. Walaupun kita ingin bergaya dan mengikuti arus fesyen terkini, jangan sehingga memakai apa-apa yang terlalu ketat atau menjolok mata kerana itu akan membuat pemakaian tudung kita sia-sia. Bagi Sue jika kita hendak memelihara aurat, kita mestilah kelihatan bergaya dalam cara yang manis dan sopan, dan bukannya untuk kelihatan murah atau menggoda. Cakap direct je senang.
Program ini juga menjemput pendengar untuk membuat panggilan untuk bertanyakan tentang tips solekan dari Sue, tetapi seperti yang dijangka tiada seorang pendengar pun menelefon :p Ia bukanlah suatu kejutan yang besar disebabkan Radio Bernama merupakan radio berita dan tidak ramai pendengar mendengarnya, tapi Sue lebih terkejut apabila kawan-kawan dan saudara-mara menghantar SMS memberitahu mereka mendengar rancangan tersebut. Apa-apa pun, Sue sangat seronok kerana diberi peluang dan pendedahan ini, terima kasih banyak-banyak Radio Bernama 24, kalau sudi jemput lagi =)
At the front desk.
My mother, Ummi who accompanies me almost everywhere :)
DJ Ayu Roslan checking some final preparations.
About to be on air..
Yup we're ready! =)
With the beautiful and nice DJ, Miss Ayu Roslan.
ayu roslan is no longer in radio 24 right? i,ll miss her voice and laugh. she,s one of the best. used to hang out with the dj's back in 2008. best of luck to radio 24!
ReplyDelete