Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
The Finale which would determine who will be the lucky Champion that will go to Maybelline Headquarters (HQ) at the Big Apple and learn from their renowned Make-up Artiste, Troy Suratt! Before the Finale, we chose our model randomly by picking out our numbers. I got lucky #8 =D
My model was the adorable Sun. Oh boy was she tall! Wardrobe was chosen by us Dream Team members at Forever 21, One Utama (that was the depressing day where my brand-new Nokia 7370 was stolen) =( However that failed to diminish my spirits since I really wanted to do my best for the Finale. So people, may u feel like u were part of the Finale too. Enjoy!
Preparing for the Event
The event started at about 3.30pm but we had to be there by around 9am. Our models came later but we were taught of how to walk for our big entrance which was fun (apparently last night's rehearsal was not sufficient). The bond between us Dream Team members felt closer on this very day. Of course we had high hopes for ourselves, however most importantly all of us just wanted each of the girls to be the best on that day.
_______________________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Peringkat Akhir yang akan memutuskan siapakah Juara betuah yang akan terbang ke New York, Amerika Syarikat untuk melawat ibu pejabat Maybelline dan belajar dengan jurusolek tersohor mereka, Troy Suratt. Sebelum peringkat akhir, kami telah memilih model rami secara rawak dengan mencabut nombor. Sue telah mendapat model #8.
Model Sue merupakan Sun yang comel. Masha Allah beliau seorang gadis yang sangat tinggi! Pakaian telah dipilih oleh kami ahli-ahli Dream Team sendiri di Forever 21, One Utama (itu merupakan hari malang Sue apabila telefon bimbit baru Sue model Nokia 7370 telah dicuri sewaktu leka memilih pakaian) =( Namun peristiwa itu tidak mampu menyurutkan semangat Sue untuk melakukan yang terbaik bagi Peringkat Akhir. Jadi Sue berharap anda semua dapat merasakan seolah-olah anda juga sebahagian dari acara ini. =)
Persediaan Acara
Majlis bermula pada jam 3.30 petang namun kami diwajibkan menghadirkan diri di lokasi pada jam 9 pagi. Model-model kami datang kemudian namun kami telah dilatih untuk berjalan bagi sesi kemasukan kami ke pentas pada acara itu nanti dan ia cukup menyeronokkan(latihan pada malam sebelum tidak mencukupi nampaknya). Ikatan persahabatan kami semua semakin erat pada hari ini. Sudah semestinya setiap dari kami mahu melakukan yang terbaik untuk diri masing-masing, namun yang paling penting kami mahukan setiap orang melakukan yang terbaik untuk hari ini.
Our wardrobe by Forever 21. / Pakaian kami dari Forever 21. |
With my Sis in the Dream Team, Ijah. / Bersama dengan adik Sue di dalam Dream Team, Ijah. |
Nurul with her model. / Nurul bersama modelnya. |
Ijah & Sifu Ching. |
Amelia and her model. / Amelia dan modelnya. |
Ijah and her model. / Ijah dan modelnya. |
Ee Ling & Karyn. |
My family with one of the Judges, actress & Maybelline's Ambassador, Fasha Sandha. I do not care of what the public says about her personal life. For me as a public figure, I truly respect her professionalism. As many know, she is very punctual and yes indeed she came half and hour before the event commenced. She was also nice and friendly to the public when my Sis & Mother were looking at her, she came to my family and initiated some small chat. She asked if they wanted to snap photos with her and she asked my mother who is her daughter competing. When I was on stage, Ummi told me she looked at my mother, nodded her head and smiled at my mother. So Fasha, yes I am a fan. =)
___________________
Keluarga Sue bersama dengan salah seorang Juri, pelakon juga Duta Maybelline, Fasha Sandha. Sue tidak peduli sebenarnya dengan apa yang masyarakat perkatakan tentang kehidupan peribadinya. Sebagai seorang figura terkenal, Sue sangat menghormati sikap professionalnya. Seperti yang diketahui ramai, beliau merupakan seorang yang amat menepati masa, dan ya untuk acara ini Fasha telah datang setengah jam lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Beliau juga sangat peramah dengan orang awam bahkan sewaktu Ummi dan adik Sue melihat ke arahnya, beliau sendiri yang mendekati keluarga Sue dan mula berbual. Beliau bertanya sama ada mahu berfoto dengannya dan bertanyakan kepada Ummi siapakah anaknya yang bertanding. Apabila Sue di atas pentas, Ummi memaklumkan Sue yang Fasha memandang Ummi, menganggukkan kepalanya dan melemparkan senyuman. Jadi Fasha, Sue merupakan peminat anda. =)
No comments:
Post a Comment