Sunday, December 27, 2009

Wedding Reception Make-up (Solekan Majlis Perkahwinan/Persandingan) @ Ipoh, Perak Darul Ridzuan.








Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Tonight's make-up was the final make-up job for my clients here 
Mr. Fairuz & Mrs. Salina. Again, this was another smaller reception for the relatives and neighbours only, but this time around it was for the Groom's side. They kept having an event after another since both families were welcoming daughter and son-in-law for the first time since both of them are the eldest in their families.

I was awed by the Groom's excitement for his wedding events especially on her wife's appearance. To prove it tonight, her wife's outfit was another Western dress but this time it was a very outstanding Little Bo-Peep kind of a frock with huge can-cans to complete the whole nine yards. In fact the only thing that was missing was her cane thingy to chase the sheep. =D

The Bride was embarrassed to wear it and meet the neighbours in it but the husband just chuckled happily stating that there would not be any other time which was more appropriate to wear this kind of outfit. Hahaha seriously her husband likes to doll and play dress up on her.

Tonight was a warm gathering where close friends be it Malays, Chinese and Indians together with their families sang the Karaoke and enjoyed great food. Fairuz told me that his aunt, who he claimed to sell the tastiest Hailam Noodles in Ipoh sponsored the noodles for that night. He was touched because he said it is his favourite childhood dish. The coolest (and most awkward) thing for me was when both of them invited me to sit at the Main Table (I mean I am not family) but they insisted I felt honoured and touched. The food, of course was more awesome than for the guests. =D

Again, Fairuz and Salina, my family and I thank you both and your family for the great hospitality and friendship. May Allah bless your marriage till the end of time insha Allah. =)


_______________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Solekan pada malam ini ialah yang terakhir dari Sue untuk pelanggan Sue, Encik Fairuz dan Puan Salina. Sekali lagi ini merupakan majlis yang lebih kecil khas buat saudara-mara dan jiran-tetangga sahaja, kali ini di belah Pengantin Lelaki. Mereka melangsungkan perkahwinan mereka dengan agak meriah kerana ini pertama kali keluarga mereka menyambut menantu kerana kedua-duanya anak yang sulung di dalam keluarga.

Sue amat teruja dengan keterujaan Pengantin Lelaki untuk kesemua majlis-majlisnya beliau begitu menitikberatkan akan penampilan Permaisurinya. Buktinya malam ini, isterinya memakai gaun ala Little Bo-Peep pada malam ini yang lengkap dengan can-can untuk mengembangkan skirtnya. Cuma yang tiada ialah tongkat baginya menghalau kambing biri-biri. =D

Isterinya segan dan malu untuk bertemu dengan jiran-jiran memakai sebegitu namun suaminya cuma mampu ketawa mengusik kerana katanya tiada masa lain yang lebih sesuai untuk berpakaian sebegitu. Hahaha memang jelas yang suaminya suka isterinya berhias cantik.

Malam ini merupakan perkumpulan yang mesra antara teman-teman rapat baik Melayu, Cina dan India dan keluarga-keluarga mereka berkaraoke juga menikmati juadah enak. Fairuz memberitahu Sue, makciknya yang diakui menjual Mee Hailam terenak di Ipoh menaja Mee Hailam pada majlis malam itu. Beliau terharu kerana ia merupakan makanan kegemarannya sejak kecil. Bahagian paling menyeronokkan (namun kekok) apabila Sue dipelawa untuk makan di Meja Utama (yalah Sue bukannya ahli keluarga) namun mereka menggesa juga Sue berasa amat terharu. Hidangannya, pastilah lebih menarik dari juadah untuk tetamu lain. =D

Sekali lagi, Fairuz dan Salina, keluarga Sue dan Sue amat berterima kasih dengan layanan teramat baik juga persahabatan ini. Semoga Allah merahmati perkahwinan kalian sehingga akhir waktu insha Allah. =)







































Wedding Reception Make-up (Solekan Majlis Perkahwinan/Persandingan) @ Ipoh Town Hall, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.







Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Today my family together with the Bride's family left Kuala Kangsar to the capital city of Perak, Ipoh for the wedding ceremony of the Groom's side. They chose to have their reception at the iconic Ipoh Town Hall with a Royal Yellow theme colour.

_______________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Hari ini keluarga Sue bersama-sama dengan keluarga Pengantin Perempuan meninggalkan Kuala Kangsar ke ibu negeri Perak, Ipoh untuk Majlis Sambut Menantu pula. Mereka telah memilih bangunan Ipoh Town Hall yang ikonik untuk majlis mereka dengan warna tema Kuning DiRaja.

























Saturday, December 26, 2009

Wedding Cake Cutting Ceremony Make-up (Solekan Majlis Memotong Kek Perkahwinan) @ Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.








Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Tonight after the wedding reception, the Bride's family held a family gathering cum BBQ Party. Since the event was smaller, my client wanted her face to rest a bit by not wearing fake eyelashes. She still had to do proper make-up although it was only a family gathering, since her husband insisted her to dress up for each and every event, and he chose mostly everything from the apparel to the make-up. Isn't she lucky? =)

As for tonight's event their theme was Western Man & Wife and while her husband wore a shirt and formal jacket, she wore a princess-like white dress with a can-can complete with net veil. I just love to see the way her husband pampered her, you know I really love when a man committed to play a role in making his wife beautiful.

The night initiated with a cake-cutting session but it was amusing when the children instead sang the Happy Birthday song. It was getting more hilarious since the elder members of the family really created a riot during the presents-opening session. The closest family members even made some serious jokes by giving them really weird gifts such as Maggi instant noodles, Petai, a toy machine gun and even a toy Ultraman with prolonged, hilarious letters explaining the rationale of each gift. Truly, the night was a fun and memorable one for their family. =)

_______________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Malam ini selepas Majlis Persandingan, keluarga Pengantin Perempuan telah mengadakan perkumpulan keluarga juga makan-makan BBQ. Memandangkan majlis ini lebih kecil, pelanggan Sue mahu wajahnya berehat dengan tidak mengenakan bulu mata palsu. Sue masih perlu menghasilkan solekan yang sesuai dan sempurna kerana walaupun ini cuma perkumpulan anak-beranak, tetapi suaminya tetap mahukan mereka bergaya sempurna untuk setiap sesi, dan beliaulah yang memilih hampir segalanya dari pakaian hingga ke solekan. Bukankah isterinya bertuah? =)

Untuk majlis malam ini temanya ialah Suami Isteri ala Barat haha, sementara si suami mengenakan kemeja dan jaket rasmi, beliau bergaya bak seorang Sang Puteri dengan memakai dress putih labuh lengkap dengan can-can yang mengembangkan skirt juga selendang net. Sue amat menyukai cara suaminya memanjakannya, anda tahu bagaimana Sue amat menyukai apabila si suami memainkan peranan untuk mencantikkan isterinya.

Malam itu bermula dengan sesi memotong kek tetapi ia melucukan apabila kanak-kanak di situ menyanyikan lagu Selamat Harijadi pula. Keadaan bertambah kecoh dan menggelikan hati apabila hadiah-hadiah mula dibuka. Ahli-ahli keluarga terdekat membuat pelbagai jenaka sampai kami ketawa pecah perut dengan memberikan hadiah-hadiah yang pelik seperti Mee Segera Maggi, Petai, patung mainan Ultraman, dengan surat-surat panjang menjelaskan rasional untuk hadiah-hadiah tersebut. Sesunguhnya, malam itu malam yang menggembirakan juga akan dikenang selalu oleh keluarga mereka. 




























Wedding Reception Make-up (Solekan Majlis Perkahwinan/Persandingan) @ Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.








Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

These are the photos of my client on her Wedding Reception day. Her theme was Red Chili, very daring and striking. The photos below were both at her wedding as well as during the photography session at the infamous Ubudiah Mosque, Kuala Kangsar. The professional looking ones are from the professional photographer Mr. Shah from Shahkasahias. He was a very friendly and jovial guy so it was easy to worked along him. =)


_______________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Ini adalah foto-foto pelanggan Sue pada Hari Persandingannya. Tema beliau ialah Merah Cili, sangat berani, menyerlah dan menyala. Foto-foto ini telah diambil di majlis persandingannya juga dari sesi foto di masjid yang terkenal di Kuala Kangsar yakni Masjid Ubudiah. Foto-foto yang lebih profesional telah dibidik oleh jurufoto profesional Encik Shah dari Shahkasahias. Beliau seorang yang peramah dan ceria maka amat senang sekali bekerjasama dengannya. =)