This final participant whom I did her make-up for, was then sitting for her Masters Degree in Chemistry in one of the local universities. Unfortunately I misplaced her article so I only have these photos to publish for your viewing pleasure.
Anyways this tall, slim woman greeted me during the finale at Legend Hotel with a totally new look, where she wore the Hijab! Seriously she looked more beautiful and sweeter putting on the hijab. =)
______________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Peserta terakhir yang disolek oleh Sue, pada masa ini sedang menyelesaikan Sarjananya di dalam bidang Kimia di salah satu universiti tempatan. Sue telah hilang rencananya maka Sue cuma punya foto-foto ini untuk tatapan anda semua.
Gadis ramping dan tinggi lampai ini, apabila bertemu dengan Sue di peringkat akhir berpenampilan baru iaitu mengenakan Hijab! Serius Sue katakan beliau lebih cantik dan manis berhijab. =)
My mother and I had a really great chat with this client of mine. She was accompanying her husband for the annual Petronas dinner. She shared the same name and spelling as my sister, Deena and we got along really well like old friends from the start.
We spoke about almost everything under the Sun and it was really sweet to know that her husband was the one who discovered me online and asked her to engage my service. How I wish all husbands would make the effort on their part in order to have their wives looking beautiful. =D
The sweetest part of all when she texted me later that night informing me that her husband proposed her again that night. Awwww. =')
__________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Ummi dan Sue asyik bersembang dengan pelanggan Sue yang satu ini. Beliau menemani suaminya untuk majlis makan malam tahunan Petronas. Beliau berkongsi nama dengan ejaan yang sama seperti adik Sue, Deena, maka kami serasi seperti kawan lama sejak awal lagi.
Kami berbual tentang pelbagai perkara, dan ia sangat manis apabila Sue mengetahui yang suaminya yang bertanggungjawab menemui perkhidmatan Sue di internet lalu mencadangkan kepada isterinya. Betapa Sue berharap semua para suami akan berusaha membantu seperti ini supaya isteri mereka sentiasa kelihatan cantik. =D
Bahagian yang paling manis ialah apabila Puan Deena mengirimkan SMS menyatakan suaminya melamarnya sekali lagi pada malam itu. Awwww. =')
This primary school, Bahasa Melayu teacher really knows what is best for her. She wanted me to transform her into an adorable, Kawaii-like doll where she kept requesting for more blusher to be added on her cheeks. At first I was a bit worried in case I would over-do her make-up, but thinking of the very bright lights in the studio, I think it will be alright.
Instead of looking just alright, her photos turned out to be absolutely adorable! She is indeed photogenic, but added with the make-up and her brilliant smile in the photos, even me myself almost could not recognise her in the photos!
In fact, based on the photos in this newspaper article, she was voted by readers of Berita Harian for the Readers' Choice Award of this competition. Congratulations Fa'i! I am very happy for you! =)
______________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Guru Bahasa Melayu sebuah sekolah rendah ini benar-benar mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Beliau benar-benar mahukan Sue memberi transformasi kepada wajahnya menjadi comel atau Kawaii ala Jepun di mana beliau asyik meminta Sue menambahkan pemerah pipi pada pipinya. Pada mulanya Sue agak ragu-ragu kerana risau solekannya akan kelihatan berlebihan, namun bila mengenangkan cahaya lampu yang terang di studio, Sue berasa semuanya akan menjadi.
Bukan sahaja solekannya menjadi, malah foto-fotonya kelihatan amat comel sekali! Beliau sememangnya seorang yang fotogenik, dan ditambah pula dengan solekan dan senyumannya yang sungguh ceria, Sue sendiri seakan-akan tidak mengenali wajahnya di dalam foto!
Bukan sahaja itu, berdasarkan rencana akhbar ini, beliau telah diundi oleh pembaca-pembaca Berita Harian untuk memenangi Anugerah Pilihan Pembaca. Tahniah Fa'i! Sue tumpang gembira! =)
This student from UNISEL, Shah Alam was one of the youngest participating in this competition. Her most outstanding feature is of course her super dazzling smile! I was awed when I saw her gave numerous poses during the photoshoot which seriously I could never be able to pull out myself! It was not a surprise since she is quite experienced and has modeled in several magazines especially teen & fashion magazines such as Seventeen & EH!
_______________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Pelajar dari UNISEL, Shah Alam ini ialah peserta yang termuda dalam pertandingan ini. Raut wajahnya yang paling istimewa pastinya senyumannya yang cukup memukau! Sue berasa kagum dengan kebolehannya memberikan gaya-gaya yang menarik di hadapan kamera yang sememangnya Sue tidak mampu lakukan sendiri. Tidak mengejutkan rupanya beliau seorang model yang agak berpengalaman dan sudah pernah menghiasi beberapa majalah remaja dan fesyen termasuk Seventeen & EH!
This client of mine is the sister-in-law of another bridal make-up client of mine. Since she did her make-up at another house and her wedding is located at a further location, she changed into her bridal dress somewhere else. Unfortunately I couldn't get my hands on the photos of her in her full bridal attire, I hope that all of you can still see the difference of the before and after photos insha Allah. =)
_______________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Pelanggan Sue yang ini ialah kakak ipar kepada salah seorang pelanggan solekan pengantin Sue yang terdahulu. Memandangkan beliau disolek di rumah yang berlainan dan lokasi majlisnya ialah di tempat yang lebih jauh, beliau menukar persalinan pengantinnya di tempat lain. Sayangnya Sue tidak dapat foto-fotonya dalam persalinan lengkap, namun Sue harap anda dapat melihat perbezaan foto sebelum dan selepas insha Allah. =)