Saturday, August 30, 2008

Function/Night Make-up (Solekan Majlis/Malam) @ Kampung Baru, Kuala Lumpur.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

My client here wanted to do make-up for a photography session with a freelance photographer for his project. If you find her familiar, she is Ika the owner of the infamous hijab boutique, Sugarscarf. This was when Ika or better known to me as Riqa was still struggling with her online clothing busines and before Sugarscarf became a hit among us Malaysian women. Back then she was going here and there mostly at Bijou Bazaar to promote her products, and look where she is at now, such an inspiration. She is still my friend now, and best of all about her, still a humble sweet person as I have known her back then. =) 
_________________________

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Pelanggan Sue di sini mahu melakukan projek fotografi bersama seorang jurugambar bebas. Jika anda merasakan beliau kelihatan pernah dilihat, ini merupakan pemilik butik tudung terkenal, Sugarscarf. Ketika ini Ika atau lebih Sue kenali sebagai Riqa masih berusaha untuk mengenalkan perniagaan pakaian dalam taliannya dan sebelum Sugarscarf menjadi terkenal di kalangan kita wanita Malaysia. Pada ketika ini Ika sering berpindah dari bazaar ke bazaar khususnya Bijou Bazaar untuk mempromosikan produknya, dan lihatlah di mana beliau sekarang, salah satu inspirasi Sue ini. Kami masih berkawan sehingga kini dan paling menarik tentang Ika, beliau masih merupakan seorang yang merendah diri dan manis orangnya seperti yang Sue kenal dulu. =)














Sunday, August 17, 2008

Wedding Reception Make-up (Solekan Majlis Persandingan/Perkahwinan) @ Dewan Gemala Sari, RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.






Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!


This client of mine was one of the sweetest I have worked with. She was always laughing and smiling beautifully most of the time; well there was no need to wonder why when one is a newly bride. =) We spent quite some time in difficulty to put on her coloured contact lenses. Apparently that was the first time she had to put on contact lenses on herself. She almost gave up, but I insisted to put on the contact lenses on her with much struggle that we both shrieked and kept on laughing in the bathroom. 

I also share some photos of her previous wedding reception on the Bride's side at her hometown, Tampin, Negeri Sembilan because I just love the deep red traditional Songket this couple wore on that day. =)
_________________________

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!


Pelanggan Sue ini ialah antara yang paling manis Sue pernah bekerjasama. Beliau sentiasa tertawa dan sering tersenyum manis hampir sepanjang masa; tiada apa yang mengejutkan untuk seorang pengantin baru bereaksi begitu. =) Kami meluangkan agak banyak masa untuk mengenakannya kanta lekap berwarna kerana itu pertama kali beliau mengenakannya sendiri. Beliau hampir berputus asa kerana kantanya asyik tidak melekap, namun Sue meyakinkannya akan kelihatan lebih cantik menggunakannya kami berusaha sampai boleh walaupun hampir sepanjang masa kami asyik menjerit dan ketawa di bilik air.

Sue turut berkongsi foto-foto beliau di majlis persandingan sebelah perempuan di Tampin, Negeri Sembilan kerana Sue amat menyukai Songket tradisional berwarna merah hati yang digayakan Raja Sehari ini pada hari tersebut. =)



































Friday, August 15, 2008

Function/Night Make-up (Solekan Majlis/Malam) @ JW Marriott Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.





Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!


My client here was attending her company's annual dinner with the theme of Characters from Movies. It was fun to see other make-up artistes working on her friends in the same room; one was a Dracula, one was an Egyptian Princess while another was a Mermaid. 

As for my client here she chose to be Seri Devi, a legendary Bollywood actress. She wore a sweet pink Saree with gold trimmings. I had no idea of how to tie up a saree, so the best (even a bit strange) that I could do was to tie it up like a Kain Samping of the Malay groom. Anyways I was happy when she texted me later that evening saying she was so happy because her husband loved how she looked that night. That made me sighed in contentment of course. =)
_________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Pelanggan Sue ini menghadiri majlis makan malam tahunan syarikatnya yang bertemakan Watak-Watak Filem. Ia menyeronokkan melihat para jurusolek lain menyolek kawan-kawannya di bilik yang sama;seorang menjadi Dracula, seorang Puteri Mesir manakala seorang lagi menjadi seekor Ikan Duyung. 

Untuk pelanggan Sue ini beliau memilih menjadi pelakon legenda Bollywood, Seri Devi. Beliau mengenakan Sari merah jambu lembut yang manis berbordir emas. Sue tidak tahu bagaimana mengikat Sari, maka Sue cuba mengikat seperti Kain Samping Baju Melayu. Walaupun kelihatan agak pelik namun alhamdulillah Sue lega dan gembira setelah menerima SMS beliau menyatakan suaminya amat menyukai penampilannya pada malam tersebut. =)




















Sunday, August 10, 2008

Film Production & Photography Make-up for the Outdoor Shoot of Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL), International Islamic University Malaysia's Mock Trial 2008 : Court Martial (Solekan Filem & Fotografi untuk Penggambaran Luar Perbicaraan Olok-Olok Kuliah Perundangan Ahmad Ibrahim, UIAM 2008 : Mahkamah Ketenteraan) @ Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!






I was again honoured to be chosen as the make-up artiste for my law faculty's Mock Trial make-up artiste. Actually I was the make-up artiste for the 2006 Mock Trial. In 2007 I was hoping for a role, so I did not do the make-up. Again this year, when my friends encouraged me to try for a role again, I was in the mood to be the make-up artiste again instead. Supposedly I had to do the make-up for the Mock Trial nights as well, unfortunately I had a terrible fever I only managed to do the make-up for the outdoor shoot.

Mock Trial 2008 was directed by my senior, Brother Izwan Malik. Regarding on this shoot, I had a great co-operative team from AIKOL working with me. I did the make-up for 3 roles played by Farhan, Iziana Nadia Ismail & Saifuddin.


______________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!





Sekali lagi Sue berasa berbesar hati dipilih sebagai jurusolek untuk Perbicaraan Olok-Olok kuliah perundangan Sue. Sebenarnya pada Perbicaraan Olok-Olok tahun 2006 Sue merupakan jurusoleknya. Namun pada tahun 2007 Sue berharapkan watak maka Sue tidak menjadi jurusolek. Tetapi pada tahun ini apabila kawan-kawan Sue mencuba untuk mendapatkan watak, Sue lebih berminat untuk menjadi jurusolek kembali pula. Sepatutnya Sue ditugaskan sebagai jurusolek bagi malam-malam tayangan Perbicaraan Olok-Olok tersebut namun kerana Sue demam panas waktu itu, Sue cuma berkesempatan melakukan solekan untuk sesi penggambaran luar sahaja.

Perbicaraan Olok-Olok 2008 telah diarahkan oleh senior Sue, Brother Izwan Malik. Berkenaan penggambaran ini, Sue dibantu oleh satu pasukan yang amat bekerjasama. Sue telah melakukan solekan untuk 3 watak yang dimainkan Farhan, Iziana Nadia Ismail & Saifuddin.







Farhan as The Accused

 Farhan played the main role as the Accused, who was mentally tortured due to the continuous abuse of his father on him and his mother. In one scene, when he was about to return home, he was involved in a minor road accident where his armed was a little bruised and scarred. As for the next scene, he was beaten up really badly by his father.

__________________

Farhan sebagai Tertuduh

Farhan memainkan peranan utama sebagai Tertuduh, yang mengalami penderitaan mental akibat penderaan berterusan oleh bapanya terhadapnya dan ibunya. Untuk satu scene, apabila dia dalam perjalanan pulang ke rumah, dia telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya kecil yang memberi kesan lebam dan parut kepada lengannya. Untuk satu scene lain pula, dia telah dipukul dengan teruk oleh bapanya.


Iziana Nadia Ismail as The Abused Mother of the Accused

I was ecstatic to do the make-up for Iziana or Nana because when we were both in the IIUM's Matriculation Centre a few years back, she played as my cruel, arrogant mother-in-law for AIKOL's Legal Theatre. She is a very talented actor seriously.

This time, instead of being abusive to others, she became the victim. In this scene, it shows the effects of her being abused by her husband ie Saifuddin. I also made her looked older to suit her role as a middle-aged woman.

_____________________




Iziana Nadia Ismail sebagai Ibu Tertuduh seorang Mangsa Penderaa

Sue teruja untuk melakukan solekan bagi Iziana atau Nana kerana sewaktu kami bersama-sama di Pusat Matrikulasi UIA beberapa tahun dahulu, beliau telah memainkan peranan sebagai ibu mertua Sue yang angkuh dan kejam bagi Teater Perundangan AIKOL. Sesungguhnya beliau seorang pelakon yang amat berbakat. 

Untuk kali ini, sebaliknya beliau memainkan peranan mangsa pula. Untuk scene ini ia menunjukkan kesan penderaan suaminya yang dimainkan Saifuddin. Sue juga cuba membuatnya kelihatan lebih tua sesuai dengan wataknya sebagai wanita pertengahan usia.








Saifuddin as The Abusive/ Drug Addict Father of the Accused 

Saifudin or Din was my classmate. He jokingly told me that I didn't have to put much effort in making him look like a villain because he naturally looks like one already. =D For this make-up indeed I didn't have to do much just tried to make him look slightly older and a little haggard.

__________________

Saifuddin sebagai Bapa Tertuduh yang seorang Penagih Dadah dan Kaki Pukul

Saifuddin atau Din merupakan rakan sekuliah Sue. Beliau berseloroh berkata Sue tidak perlu terlalu berusaha untuk menyoleknya menjadi penjahat kerana wajahnya sudah semulajadi begitu. =D Untuk solekan ini sesungguhnya Sue tidak perlu terlalu mencuba untuk menjadikannya kelihatan tua dan sedikit tidak terurus.


































Saturday, August 9, 2008

Wedding Reception Make-up (Solekan Majlis Persandingan/Perkahwinan) @ Genting View Resorts, Genting Highlands, Pahang.





Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

My friend since primary school until high school at Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, Taherah Zahra Shorbaini gave me a huge surprise when she told me she was getting married. Of course 22 years old although a bit too young, but it was an acceptable age for a woman to get married. It is just that because she's my school friend, not only me but all my friends who came to her wedding felt it was so surreal that our friend is already someone's wife because most of us were still students back then.However of course everybody felt happy for her, and for our new friend from Sabah, her husband Anuar.

The wedding ceremony was held at her family's weekend home in Genting, so the weather was cool it was really nice. Since her father is very pious, as in he hates women wearing make-up, it was challenging for me to do her make-up to be camera-friendly but doesnt look thick at the same time. Initially I put on fake eyelashes on her but her father rejected the idea and asked me to remove them off. Ok I complied but when he asked me to make her make-up much thinner, I stated my rationale to why her make-up should not be lessen. With an annoyed face, his father gave in and I smiled because I tasted victory hehe. The scene was a bit nerve-wrecking for my friends who were watching, but one of my best friends Mira told me that it was difficult to argue with a make-up artiste who was a law student at the same time. Indeed, it could be convenient at times  because the make-up quality of my clients are not to be compromised. =)

The event felt like a small reunion for our schoolmates, and we had a really good time catching up with each other. To my best friend, Shazana thank you for helping me in preparing the Bride and Groom. As for Taherah and Anuar, may both of you have a blessed marriage ever after, Amin. =)

_________________________

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Kawan Sue dari sekolah rendah hingga sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, Taherah Zahra Shorbaini memberi kejutan buat Sue apabila beliau memaklumkan beliau akan berkahwin. Pastinya pada usia 22 tahun agak terlalu muda, namun sudah sesuai bagi seorang perempuan untuk berkahwin. Bukan sahaja kerana beliau kawan satu sekolah Sue, tetapi kawan-kawan kami yang lain yang menghadiri majlis tersebut juga rasa seolah tidak percaya yang kawan kami ini sudah bergelar isteri orang kerana kami semua masih bergelar pelajar pada waktu itu. Namun sudah pastinya kami gembira untuk beliau, juga untuk kawan baru kami dari Sabah, suaminya Anuar.

Majlis Persandingan tersebut diadakan di rumah hujung minggu keluarganay di Genting, maka cuacanya yang dingin membuat suasana amat selesa. Memandangkan bapanya seorang yang warak, maka beliau tidak suka wanita mengenakan solekan, membuatkan ia mencabar bagi Sue menghasilkan solekan yang sesuai difoto namun pada masa tidak tebal. Pada awalnya Sue mengenakan bulu mata palsu kepada Taherah namun telah ditolak mentah-mentah oleh bapanya. Ok Sue menurut namun apabila diminta solekannya untuk ditipiskan lagi, Sue memberi alasan-alasan kenapa tidak boleh. Dengan wajah yang tidak berkenan bapanya mengalah juga dan Sue tersenyum kerana Sue menang juga akhirnya hehe. Situasi itu amat mencemaskan kesemua kawan-kawan kami yang menyaksikan, namun salah seorang sahabat baik Sue Mira mengatakan memang payah nak berdebat dengan seorang jurusolek yang pada masa sama seorang pelajar undang-undang. Sesungguhnya, skill ini menguntungkan pada waktu tertentu kerana kualiti solekan pelanggan Sue bukanlah untuk dikompromi. =)

Majlis tersebut dirasakan seperti majlis pertemuan semula kawan-kawan sekolah kami, dan kami berasa seronok bersembang antara satu sama lain. Untuk sahabat baik Sue, Shazana terima kasih kerana membantu Sue menyiapkan pasangan pengantin ini. Untuk Taherah dan Anuar, semoga perkahwinan kalian dirahmati dunia akhirat, amin. =)