Sunday, June 29, 2008

Personal Beauty Workshop & Make-up Demonstration (Bengkel Kecantikan & Demonstrasi Solekan Peribadi) @ Kampung Pandan, Kuala Lumpur.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

I started this Sunday morning early with my sister Deena accompanying me, to meet my student at her place in Kampung Pandan. Her name is Ananthi Rama, who was so eager to learn Malay Bridal Make-up techniques. She is a huge fan of Malay Bridal Make-up because according to her, it really transforms the dull, unattractive look of the person getting the make-over into super fabulous. =D

I started the personal workshop with introducing her the proper skincare practice (always keep in mind that beautiful skin brings beautiful make-up), the make-up tools and standard make-up products for her to own in order for her to be a good make-up artiste. After that I started the make-up demo on herself while she studies the techniques in the mirror and questioning me non-stop of what she needs to know.

She was ecsatic when she saw the final result to know that she actually owns a pair of huge, gorgeous eyes (this part I didn't get because as an Indian it's normal for her to have beautiful big eyes, just before this she did not notice them =D) and sexy pouty lips. 

Till now Ananthi still contacts me in case if she has any make-up queries especially on the right things to purchase.

Now Ananthi has started to become a make-up artiste herself, perhaps if you like to try out her service you may contact Ananthi at 016-261 2224.

_______________________

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Sue memulakan hari Ahad ini pada awal pagi ditemani adik Sue, Deena, bertemu pelajar Sue di rumahnya di Kampung Pandan. Nama beliau ialah Ananthi Rama, yang begitu teruja untuk mempelajari teknik Solekan Pengantin Melayu. Beliau merupakan peminat tegar Solekan Pengantin Melayu kerana baginya teknik solekan tersebut berjaya menjadikan raut wajah yang kurang menarik menjadi amat cantik. =D

Maka Sue memulakan bengkel solekan peribadi ini dengan memperkenalkannya kepada amalan penjagaan kulit yang baik (harus diingat selalu bahawa kulit yang cantik akan menghasilkan solekan yang cantik), alatan solekan dan produk solekan wajib ada untuk beliau menjadi jurusolek yang baik. Selepas itu Sue memulakan demonstrasi solekan pada dirinya dan beliau memerhatikan teknik tersebut dilakukan melalui cermin sambil bertanyakan pelbagai soalan tentang apa yang perlu diketahuinya.

Beliau amat teruja apabila melihat hasil akhir kerana selama ini beliau tidak sedar yang beliau memiliki sepasang mata yang besar dan cantik (Sue tak faham bahagian ini kerana kaum India memang ia genetik untuk memiliki mata yang besar dan cantik cuma beliau tidak menyedarinya) dan beliau juga memiliki bibir yang penuh dan menggiurkan.

Sehingga ini Ananthi masih menghubungi Sue untuk sebarang pertanyaan khususnya tentang rujukan produk yang perlu dibeli. 

Kini Ananthi telah mula menjadi jurusolek, jika anda mahu menggunakan khidmatnya sila hubungi Ananthi di talian 016-261 2224.
















Friday, June 27, 2008

Function/Night Make-up (Solekan Majlis/Malam) @ Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam, Selangor.



Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!


I was very excited when I received an SMS from this friend of mine, Nadeen, requesting for me to do her make-up for her college's Prom Night before she continues her American Degree Programme at USA. FYI, I have known Nadeen when both of us won the 3R Intern Search to Vietnam in January 2008 together with another winner, Chawirath.

This bubbly 19 year old young lady, an ex-student of INTEC at Shah Alam was the Director of her Prom Night so definitely she had to look hot for the night! She wanted to have a look which makes her look hot and gorgeous but still makes her look youthful. I made it quite heavy on the eyes but gave her lips a nude shade. Most importantly, a glowing complexion is a must to look youthful.

She was clad in black and gold attir. Well I think her whole look for the night was gorgeous, not only chic but glamourous as well. After the make-over many people thought that she resembles a lot like her infamous celebrity sister, Hot FM's DJ, Fara Fauzana @ Fafau. However personally I think Nadeen is the prettier version between the 2 of them. :)

_________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!


Sue berasa amat teruja apabila menerima SMS dari teman Sue, Nadeen, meminta Sue menyoleknya untuk Prom Night kolejnya sebelum beliau menyambung pengajian ijazah sarjana mudanya di Amerika. Untuk makluman, kami berkenalan apabila kami berdua memenangi Pencarian Intern 3R ke Vietnam pada Januari 2008 bersama seorang lagi pemenang, Chawirath.

Gadis 19 tahun yang ceria ini, bekas pelajar INTEC Shah Alam merupakan pengarah majlis Prom mereka maka beliau pasti mahu kelihatan hebat. Beliau mahu kelihatan cantik dan hebat namun masih nampak muda. Sue memberi solekan yang agak berat pada matanya dan tona semulajadi untuk bibir. Paling penting, kulit yang nampak berseri penting untuk kelihatan muda.

Beliau memakai kombinasi hitam dan emas yang Sue rasakan gayanya cukup hebat. Setelah sesi solekan ramai menyatakan beliau kelihatan seperti kakaknya yang terkenal, DJ Hot FM dan selebriti, Fara Fauzana @ Fafau. Namun secara peribadi Sue rasa Nadeen lebih cantik lagi orangnya. =)

















Sunday, June 1, 2008

Step by Step Make-up for Beauty Spread (Solekan Langkah Demi Langkah untuk Ruangan Kecantikan) for Dara.com Magazine June 2008 issue @ Karangkraf, Shah Alam, Selangor.





Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

I was assigned by Dara.com's reporter, Allahyarhamah Aida Rofiza (Kak Ida) to do the make-up for another beauty spread in the magazine specially catered for Muslimahs (specifically for the Muslim women who wear hijab or the head scarf). For those who do not know, Muslimah actually means female Muslims, regardless the fact that they wear the hijab or not.

As usual, Dara.com would give ordinary girls out there the chance to experience the make-over by the touch of a make-up artiste to appear in the magazine. My model this time, she works at Celcom in Damansara. Her name is Khalifah but she prefers to be called as Kelly. Seriously, I think the name Khalifah is awesome but it's her name so it's up to her to be called whatever she likes. :D

I was given full freedom to do whatever type of make-up I like, as long as the new image will be a more beautiful version of her. As usual, I love to play with the eye area, and gave a serious focus on the skin, because I believe that beautiful make-up starts with beautiful skin (yes as Shu Uemura campaigned it) and I love to enhance the beauty of the eyes. It's just logical because everytime we look at someone's face we will look into his or her eyes first, and yes usually whenever we notice there's a beautiful girl nearby, her smooth complexion would be the first factor that attracted us first. Anyways I was ecstatic that one of the editors at Karangkraf as well as a famous radio DJ and author, Richie Rachman complimented my work this time. =)

______________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Sue telah ditugaskan oleh wartawan Dara.com, Allahyarhamah Aida Rofiza (Kak Ida) untuk menyolek bagi satu lagi ruangan kecantikan bagi majalah khusus untuk Muslimah berhijab ini.

Seperti kelazimannya, Dara.com memberi peluang kepada gadis biasa di luar sana untuk mengalami tatarias oleh jurusolek dan muncul di dalam majalah. Model Sue pada kali ini bekerja di Celcom, Damansara. Nama beliau ialah Khalifah namun lebih gemar dipanggil Kelly. Serius Sue rasa nama Khalifah itu cukup hebat, tapi itu nama beliau jadi terpulanglah padanya. =D

Sue diberi kebebasan untuk membuat apa saja jenis solekan, asalkan lebih cantik dari wajahnya tanpa solekan. Seperti biasa, Sue suka bermain di kawasan mata, dan memberi fokus serius pada kulitnya kerana Sue percaya solekan yang cantik bermula dengan kulit yang cantik (ya seperti yang dilaungkan oleh Shu Uemura) dan Sue juga suka menambahkan kecantikan bahagian mata. Ia logik kerana apabila seseorang betermu buat pertama kali, mereka akan memandang mata dahulu, dan ya apabila kita memerhatikan gadis yang cantik, kulit wajah yang licin dan halus merupakan tarikan utama. Sue juga teruja pada hari itu kerana salah seorang editor Karangkraf, juga DJ radio dan penulis terkenal, Richie Rachman memuji hasil kerja Sue.