Sunday, May 25, 2008

Engagement Ceremony Make-up (Solekan Majlis Pertunangan) @ Batu 8 1/2, Gombak, Selangor.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Shasha, this 18 year old sweet young lady here is a friend of mine. Thus it would always be hillarious to do a make-over for your own friend since there would be endless chatting and laughing, mostly because she  was getting more and more nervous by the minute.

 Especially due to the hot weather and guests kept coming in, so everybody was sweating. Not to fret, trying to cool down a nervous future fiancĂ©e is also a part of my job. :) 

As for the look, she wanted to have a classic Malay lady look. So I applied classical shades such as gold eyeshadow and reddish lipstick on her. As for the hair, I did curls for her and put a white rose in her hair (I am a big fan of having flowers in the hair). Of course a veil completes the whole look.

_______________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Shasha, gadis muda berusia 18 tahun ini merupakan kawan Sue. Maka seperti biasa kalau menyolek kawan sendiri suasananya lebih meriah kerana kami bersembang dan ketawa tanpa henti, lebih lagi kerana beliau menjadi semakin gementar.

 Cuaca yang panas dan tetamu yang semakin ramai menyebabkan kami semua berpeluh. Namun cuba menenangkan bakal tunangan orang ini juga merupakan sebahagian daripada tugasan Sue. =)

Untuk rupa yang dihasilkan, Shasha mahukan wajah wanita Melayu klasik. Maka Sue memilih warna-warna klasik seperti pembayang mata emas dan gincu kemerahan untuknya. Untuk rambut pula, Sue membuat 'curls' dan meletakkan sekuntum mawar putih pada rambutnya (Sue merupakan peminat tegar rambut yang dihiasi bunga-bungaan). Semestinya sehelai selendang sebagai pelengkap gaya.












































Saturday, May 24, 2008

Solemnization Ceremony Make-up (Solekan Majlis Akad Nikah) @ Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

It was an emotional Solemnization ceremony for my client here because she had a tragic past. I had tears in my eyes when I heard her letting it out but of course I had to be professional to do my best in giving her the best look. After she was completely ready, her adorable daughter did not even recognise her own mother! Well I felt good and bad at the same time for that. :D 

As for my client here, well as fated by Allah and we would never know how He decides on our lives, she was hitched with her old schoolmate that she never had thought would be her husband. I pray for your happiness with your husband as well as for your daughter, may this initiate a new beautiful beginning for you. =)

_____________________________

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Ia merupakan majlis Akad Nikah yang penuh emosi kerana pelanggan Sue di sini melalui kisah lampau yang tragis. Air mata Sue bergenang tapi Sue perlu mengawalnya untuk menghasilkan rupa yang terbaik buatnya. Setelah beliau siap, anaknya yang comel tidak mengenali ibunya sendiri! Sue rasa gembira juga tidak baik pada masa yang sama kerana itu. =D

Untuk pelanggan Sue ini, telah ditakdirkan oleh Allah di luar pengetahuan kita semua bagaimana Dia mengatur kehidupan kita, beliau telah bernikah dengan kawan satu sekolahnya yang tidak pernah beliau sangka akan menjadi suaminya kini. Sue mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga, semoga ini menjadi permulaan yang indah buatnya. =)


















Friday, May 16, 2008

Function/Night Make-up (Solekan Majlis/Malam) @ Mahallah Asiah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.



Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

My client here was going out for a dinner with her friends at The Curve, Mutiara Damansara to celebrate her belated birthday. Of course as the birthday girl she wouldn't want to look ordinary so she contacted me to do her make-up for that special occasion. =)

______________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Pelanggan Sue di sini mahu menghadiri majlis makan malam bersama-sama rakan-rakannya sempena harijadinya di The Curve, Mutiara Damansara. Sudah pasti sebagai orang yang diraikan beliau tidak mahu kelihatan biasa-biasa sahaja, maka beliau menghubungi Sue untuk menyoleknya untuk majlis istimewa itu. =)













Friday, May 9, 2008

Meeting for my Brand's Innershine Prune Essence Testimonial on Wanita Hari Ini (Mesyuarat untuk Testimonial Pati Prun Brand's Innershine di Wanita Hari Ini) @ Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!



Alhamdulillah it was a huge surprise when Puan Noraini, the Marketing Executive of Brand's contacted me. She stumbled upon my old website and she read on my Make-up Tips section that I recommended my viewers to consume the Brand's Berry Essence for beautiful brighter eyes. She asked me whether I consume their Innershine Prune Essence, the answer was definitely a yes! I am a loyal consumer, I drink it before I go to sleep every night for a radiant, glowing complexion as well as I love the benefits of feeling so super fresh the morning I wake up. 

Brand's felt that I was the perfect candidate to testify their product on Wanita Hari Ini (WHI), TV3 due to my busy schedule as a law undergrad at the same time a make-up artiste. So the photos here were when we had the meeting with Wanita Hari Ini & Brand's representatives including their Innershine Prune Essence ambassador, TV3's personality Nurul Shuhada Nurul Ain. I was ecstatic to be at the same meeting with her because she was so sweet and humble, just like you find her on screen.

Only too bad the photos during our live shoot, I lost them in my old laptop and I haven't published them yet on my personal blog, The Real CurHat Sue. I appeared on air testifying together with actress Atie from Akademi Fantasia and Image Consultant & former TV3 personality, Datin Sharifah Shawati. As a student, I was so grateful that my 6 minutes appearance on a live TV Day Show, brought me to a 4 figure paycheck alhamdulillah. Thank you so much Brand's and TV3 for this opportunity. =)


_______________________________






Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!



Alhamdulillah ia merupakan kejutan yang amat menggembirakan apabila Puan Noraini, Eksekutif Pemasaran dari Brand's menghubungi Sue. Beliau terbaca laman web lama Sue di mana di ruangan Tips Solekan Sue telah menyarankan penggunaan Pati Beri Brand's kepada para pembaca laman web Sue untuk mendapatkan mata yang cantik bercahaya. Beliau bertanya sama ada Sue mengamalkan Pati Prun Brand's Innershine, dan jawapannya semestinya ya! Sue merupakan pengguna setia produk tersebut, Sue meminumnya setiap malam sebelum tidur untuk kulit sihat, berseri juga Sue menyukai manfaatnya yang membuat Sue berasa segar-bugar setiap kali bangun tidur.

Brand's merasakan Sue calon yang sempurna bagi memberi testimoni produk mereka dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI), TV3 kerana Sue merupakan seorang yang mempunyai jadual yang padat sebagai mahasiswi undang-undang dan pada masa sama seorang jurusolek. Foto-foto ini diambil ketika Sue menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil Wanita Hari Ini dan Brand's termasuk duta Pati Prune Innershine, personaliti TV3 iaitu Nurul Shuhada Nurul Ain. Sue amat teruja untuk bersama-sama dengannya dalam mesyuarat tersebut kerana beliau amat manis dan merendah diri, sama seperti yang kita tonton di kaca TV.

Cuma sayangnya foto-foto semasa rakaman secara langsung, telah hilang bersama laptop lama Sue dan Sue tidak sempat kemaskini di blog peribadi Sue, The Real CurHat Sue. Sue tampil ke udara memberi testimoni bersama pelakon Atie dari Akademi Fantasia dan Perunding Imej dan bekas personaliti TV3, Datin Sharifah Shawati. Sebagai seorang pelajar waktu itu, Sue amat bersyukur kerana walaupun Sue cuma tampil selama 6 minit secara langsung bagi sebuah program TV, Sue telah menerima bayaran 4 angka alhamdulillah. Terima kasih banyak Brand's dan TV3 untuk peluang ini. =)




















Saturday, May 3, 2008

Function/Night Make-up (Solekan Majlis/Malam) @ Hulu Klang, Ampang, Selangor.




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

My lucky sister Deena always wins contests. This time she won 2 tickets to watch Anugerah Industri Muzik Ke-15 (The 15th Malaysian Music Industry Awards) live at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Of course I would be her make-up artiste of the night, and not forgetting to be the chauffeur as well for both her and Ummi. =D 

As for the look, I wanted her to look chic according to her young age, not too loud in being glamourous but still catches the attention. Deena completely loved the whole look, and I was more than ecstatic with the end look. =)

________________________



Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Adik Sue Deena memang seorang yang bertuah kerana selalu memenangi peraduan. Kali ini beliau memenangi 2 tiket untuk menonton Anugerah Industri Muzik Ke-15 secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sudah pastilah pada malam itu Sue bukan sahaja menjadi jurusoleknya malah merangkap sebagai pemandunya juga Ummi sekali. =D

Untuk rupa solekan, Sue mahu Deena kelihatan chic sesuai dengan usia mudanya, tidak terlalu ketara namun masih lagi glamor dan mencuri perhatian. Deena amat menyukai keseluruhan gayanya, dan Sue lebih dari teruja dengan hasil akhir. =)