Saturday, August 26, 2006

Hot Magazine (26th August-8th September 2006 issue)







Ching on Suraya : "Suraya is articulate and speaks very well. She can deliver quality make-up results and create a personal style of her own."
____________________________________________

Ching berkenaan Suraya : "Suraya seorang yang petah berkata-kata. Dia boleh menghasilkan hasil solekan yang berkualiti dan mencipta gayanya yang tersendiri."

Wednesday, August 16, 2006

Maybelline's Guest Sessions / Sesi Tetamu Maybelline @ Colonial Time Restaurant, The Curve, Mutiara Damansara. (July-December 2006)




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

This was a once a month event held on a Saturday of each month. This event was where each Dream Team member were to bring about 8-12 guests among university and college girls for them to experience Maybelline. I made loads of new friends due to this. I was always excited (and ended up exhausted) for this event because we got to interact with the public, share what we've learnt from Ching with the other girls. The guests had the chance to watch a make-up demo by Ching, experiment Maybelline on their friends, compete with the other groups for the best model after the make-over session both by Maybelline and Nicchi Fashions. The catwalk session was always the best for me. Us girls got really crazy to witness who's the hottest (especially the tonnes of laughs after watching Andy demonstrated the 'real' catwalk.) Besides the great Indian food provided, the guests returned with freebies from Maybelline and even a super-imposed photo of them being the model of Maybelline ads.  =)

_______________________________________________


Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Ini merupakan acara yang diadakan sebulan sekali pada Sabtu setiap bulan. Acara ini merupakan medan di mana setiap peserta Dream Team dikehendaki membawa 8-12 rakan-rakan yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar wanita universiti dan kolej untuk mereka menikmati pengalaman bersama Maybelline.  Alhamdulillah Sue telah mendapat ramai kenalan baru dari acara ini. Sue selalu teruja (dan berakhir keletihan) setiap kali acara ini diadakan kerana kami dapat berinteraksi dengan masyarakat, berkongsi apa yang kami pelajari dari Ching bersama wanita-wanita dan gadis-gadis di luar sana. Para tetamu berpeluang mengikuti demo solekan oleh Ching, mencuba produk Maybelline bersama teman-teman mereka, bertanding dengan kumpulan-kumpulan lain untuk mencari model terbaik setelah sesi make-over yang dikelolakan oleh Maybelline dan Nicchi Fashions. Sesi catwalk merupakan sesi kegemaran Sue. Ini kerana semua tetamu akan riuh-rendah menyaksikan siapakah model terhangat (paling melucukan apabila setiap kali Andy mendemonstrasikan cara catwalk yang betul.). Selain masakan India yang disediakan amat enak, para tetamu akan pulang dengan barangan percuma dari Maybelline juga foto super-imposed mereka sebagai model iklan Maybelline. =)







Night Make-up / Solekan Malam @ Gombak, Selangor. (July 2006)






Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

This Night Make-up job was for my first client. =) It was for her faculty's dinner. She gave me directions of her favourite look in a magazine which made me easier to work on her face. Alhamdulillah she was very happy with the results she even gave me chocolates with the payment. =D
_______________________________________________




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Solekan Malam yang ini merupakan solekan pertama untuk pelanggan Sue. =) Ia merupakan untuk majlis makan malam fakultinya. Dia memberikan panduan untuk solekan yang diingini menerusi majalah, yang memudahkan Sue untuk menyoleknya. Alhamdulillah pelanggan ini amat berpuashati dengan hasilnya dia malah memberikan coklat kepada Sue bersama-sama dengan bayaran. =D








Tuesday, August 15, 2006

Night Make-up Assignment for Maybelline Dream Team / Tugasan Solekan Malam untuk Maybelline Dream Team (June-July 2006)



Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

These photos were also from my first and second assignments with the Maybelline Dream Team, but these are for the Night Make-up look. Again what would I do without friends and family? =) In comparison with the Day Make-up, yes I know the work here is still amateurish, but I tried to use darker, stronger shades for the eyes although you can see that I was still hesitant in expressing my art. =)

_______________________________________________






Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Foto-foto ini juga diambil dari tugasan pertama dan kedua Sue untuk Maybelline Dream Team, namun ini untuk Solekan Malam pula. Sekali lagi, apalah yang mampu Sue lakukan tanpa bantuan rakan-rakan dan ahli keluarga? =) Untuk perbandingan dengan Solekan Siang, ya Sue faham hasil kerja ini masih bersifat amatur, namun Sue telah mencuba menggunakan warna-warna yang lebih gelap dan kuat pada bahagian mata walaupun pada ketika ini jelas kelihatan masih was-was untuk berekspresi pada hasil seni Sue. =)










































Monday, August 14, 2006

Day Make-up Assignment for Maybelline Dream Team / Tugasan Solekan Siang untuk Maybelline Dream Team (June-July 2006)

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

These photos were taken for my first and second assignments with the Maybelline Dream Team. I thank these friends and family members for allowing me to experiment on their faces. =D The day look is basically for those who prefer the natural and fresh effect. As you can see, my work then was very amateurish and had many weaknesses. But as they say thousand miles starts with the first step. =) 

_______________________________________________

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Foto-foto ini diambil untuk tugasan pertama dan kedua Sue untuk Maybelline Dream Team. Sue amat berterima kasih kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang membenarkan Sue bereksperimen menggunakan wajah mereka. =D Solekan siang pada asasnya sesuai untuk mereka yang sukakan sentuhan yang semulajadi dan segar. Seperti yang dapat anda lihat, kerja Sue pada waktu ini masih amatur dan mempunyai banyak kelemahan. Namun, perjalanan seribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama. =)






















Sunday, August 13, 2006

Lessons with Sifu Ching @ Loreal Office, Uptown Damansara. (June-December 2006)

Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Thank you for still following my episodes with Maybelline & The Dream Team. =) As I told you before, I had the opportunity to learn with Maybelline Malaysia's Official make-up artiste, Choy Chi Ching. The classes were conducted once a month with a different concept of make-up (from Basic Day Make-up to Fantasy Make-up) at the Maybelline workshop at Loreal office at Uptown Damansara. Usually we would spend the whole Saturday learning, experimenting on ourselves and our fellow classmates, eat loads of lunch (Hehe Dena always provided us with delicious take away food :p) and definitely having tonnes of a good time together.

In between classes each month, we had to complete tasks and assignments (those were the toughest part to juggle in between studies especially. In fact one of us quit the competition just after the first week since she decided she could not juggle.). However it was all very beneficial for all of us, the knowledge, the free make-up kit loaded with Maybelline goodies (of course!) but most valuable is the friendship. Love you girls, love you Ching, love you Dena, love you Roberto, not forgetting love you Samantha n Andy. Each of you have a special place in my heart. Of course, thank you for everything Maybelline. =)

______________________________




Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!

Terima kasih kerana masih setia mengikuti episod-episod Sue bersama Maybelline dan The Dream Team. Sepertimana yang Sue maklumkan sebelum ini, Sue telah berpeluang belajar dengan jurusolek rasmi Maybelline Malaysia, Choy Chi Ching.Kelas-kelas kami diadakan sebulan sekali dengan mengenengahkan konsep solekan berbeza pada setiap bulan (dari Solekan Asas Siang hinggalah Solekan Fantasi)di bengkel Maybelline yang bertempat di pejabat Loreal di Uptown Damansara. Selalunya kami akan mengisi Sabtu pagi itu dengan sesi pembelajaran, bereksperimentasi ke atas diri sendiri dan kawan-kawan, menikmati makanan tengahari dengan banyak (Hehe Dena selalu menyajikan hidangan tengahari yang enak dari restoran luar :p) dan pastinya setiap saat penuh dengan keseronokan bersama.

Di antara setiap kelas pada setiap bulan, kami perlu menyelesaikan tugasan (ini adalah bahagian paling sukar kerana terpaksa membahagikan masa dengan pelajaran. Bahkan ada salah seorang di antara kami yang menarik diri dari pertandingan cuma setelah seminggu berjalan kerana tidak mampu membahagikan masa). Walaubagaimanapun, kesemua pengalaman amatlah bermakna kepada kami. Pengetahuan yang diterima, peti alat solek percuma yang dipenuhi barangan Maybelline (!) =) dan pastinya yang paling berharga ialah persahabatan. Sue sayangkan teman-teman Sue yang turut bertanding, Ching, Dena, Roberto dan tidak dilupai Samantha dan Andy. Setiap dari kalian istimewa di hati Sue, dan pastinya terima kasih yang tidak terhingga kepada Maybelline. =)




With Aida, Nurul, Ijah & Celina & Rafidah from 3R. /
Bersama Aida, Nurul, Ijah dan Celina & Rafidah dari 3R.




With Ijah & the gorgeous & super nice Dena from Maybelline. Her parents are Malay & Chinese, was brought up all over the world, speaks American English and I just adore her.  =D Ok I look really weird here, where were my eyelashes? =D /
Bersama Ijah & Dena dari Maybelline yang amat cantik dan baik hati. Dena ialah anak kacukan Melayu dan Cina, dibesarkan di serata dunia dan bercakap Bahasa Inggeris Amerika dan Sue amat mengaguminya. =D Ok Sue kelihatan pelik di sini, mana bulu mata Sue? =D



Our free make-up kit from Maybelline! =) / Peti alat solek percuma kami dari Maybelline! =)

Below are some of my friends' work during the assignments. / 
Di bawah ialah beberapa hasil kerja kawan-kawan untuk tugasan mereka.